Assalamualaikum ya sahabat.
Sobahul khair !
Daripada Abu Hurairah RA ; katanya Rasulullah SAW bersabda ( maksudnya ) ,
" Allah azza wa jalla berfirman : Apabila hamba-Ku berkata akan berbuat kebajikan , Aku tulis baginya ( pahala) satu kebajikan , sekalipun belum dilaksanakannya. Tetapi apabila dilaksanakannya , Aku tulis untuknya ( pahala ) sepuluh kebajikan .
Apabila dia berhajat akan berbuat kejahatan, Aku ampuni dia selama belum dilaksanakannya. Apabila dilaksanakannya, Ku-tulis untuknya balasan satu kejahatan."
Sabda Rasulullah SAW selanjutnya :
" Malaikat berkata : Wahai Tuhan ! Inilah hamba-Mu, dia bermaksud hendak berbuat kejahatan ( padahal Allah Melihat ).Rasulullah SAW melanjutkan lagi sabdanya,
Jawab Allah : Amatilah dia ! Jika dilaksanakannya , tuliskan baginya balasan yang setimpal . Tetapi jika tidak dilaksanakannya, tuliskan baginya pahala satu kebajikan, kerana dia takut kepada-Ku. "
" Apabila keislaman kamu lebih meningkat, maka tiap-tiap kebajikan yang dilakukannya ditulis ( pahalanya ) sepuluh sampai tujuh ratus ganda. Dan Tiap-tiap dia melakukan kejahatan ditulis ( balasannya )setimpal dengan kejahatannya itu sampai dia mati. "
Hadis Riwayat Muslim
*** Demikianlah apa yang dikongsi oleh doktor muharikah di channel telegram beliau . So kat sini saya nak tambah , kita semua tahu yang Allah SWT sayangkan hamba dia 70x ganda daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya . Masya Allah . Sayangnya Allah pada kita .
Marilah sahabat . Mulakan langkahmu . Mengejar cinta Illahi . Cinta yang hakiki . Jadikanlah cinta Yang Esa pertama di carta hati . Kejarlah lah akhirat . In shaa Allah . Dunia akan mengejarmu . If you put Allah first , you'll never be last . Yang penting , berubahlah kerana Allah . Perubahan yang disebabkan oleh manusia , takkan menjamin perubahan yang berkekalan .
What i mean is by macam kita berubah sebab bf/gf kita . Then korang putus . What do you expect after relay korang putus ? Takkan still want to be the same person . Mesti korang nak bangun balik . Nak lupakan dia yang kononnya dah hancurkan hati korang tu . No no . Korang akan gagal dalam jihad korang . You will either someone better or someone worst . Semua atas pilihan masing-masing. Yet many of us didn't realise this matter . Pandang enteng masalah ni . Jangan sebab nak dapat ' like ' yang banyak , korang berubah kononnya jadi lebih baik . Tak tak . Jangan macamtu .
That's mean hati kau dah cinta dunia ! Bahaya bahaya . Boleh jadi kau terlalu kejarkan likers dan followers , kau akan jadi buta dengan ilmu. Ketahuilah , setiap orang yang menyebut kalimah syahdah merupakan dai'e atas muka bumi ni . Kita diwajibkan menyebarkan dakwah secara berhikmah seperti Rasulullah SAW. Bukan di laman sosial je , kat luar pun sama . Bila ada sahabat yang buat salah , tegur dengan cara yang sopan . Bimbing dia . Another thing , kena sentiasa beramal dengan ilmu . Tu adab sebagai pendakwah .
Ya sahabat , sayangilah saudara anda . Umat Islam adalah bersaudara secara total tanpa mengira bangsa dan keturunan. Jangan lah bermusuh antara kalian . Jom sebarkan dakwah . Cari redha Allah . In shaa Allah . Sekian . As salam . JazakAllah ya sahabat .