Assalamualaikum . Hello there ! Thought that you know me ? Hahah . Maybe some of you did . Yet, many of you didn't know me. I'm Amira . I do believes in Allah . I'm not a terrorist . Hahahah .Just kidding.
Okay . I'm sangat jahil dalam ilmu agama . Srs tak tipu . But , In Shaa Allah, I'm trying to be the one . With some information i dapat , kita boleh share sesama kan ? I'm a student . And In Shaa Allah , sampai ajal pun tetap akan belajar and belajar . I do really love my family . Sangat sangat . Cuma Allah azza wa jalla je faham .
Almost two years belajar jauh ngan family .. And rasa rindu tu memang perit ... Tersangat perit .. Allahu rabb .. Ramai lagi yang hadapi benda lagi berat daripada saya .. Ada yang kematian keluarga .. Ada yang hilang like the MH370 tu .. Who knows kan ? But Allah have a better plan for you .. Don't worry .. Allah tak akan duga kita dengan sesuatu yang kita mampu tanggung kerana Dia lah sebaik-baik penghukum ..
Saya takda lah pandai sangat dalam pelajaran .. Cukup makan je ,. So saya nasihat kat sini .. Tak semestinya kita tak pandai , orang lain boleh pandang rendah kat kita .. Certain orang , dia sangat mahir dalam akademik , tapi low dalam kokurikulum .. Bakat masing-masing kan .. Jangan rasa down bila kita kat bawah .. Jadikan azam untuk kita berjaya .. And keep berdoa kat Yang Maha Esa .. Doa kan senjata orang Islam .. Jangan risau .. Kebahagiaan yang sebenar akan datang lepas kita berusaha .. So keep going and teruskan usaha anda ..
Tak semestinya orang yang paling pandai tu akan berjaya juga .. Ada juga yang ended up jadi penagih sebab too stress with studies .. Kan ? Hahah . The worlds are dying .. Islam dipandang rendah .. Syariah Islam dipertikaikan .. Ingat lah .. Ajal kita semakin menghampiri .. Bukan setakat ilmu dunia yang perlu kita belajar .. Ilmu akhirat tu pun penting untuk bekalan kita nanti ..
Another one , saya cuma akan share beberapa pendapat ulama' terkenal .. Yang lain mungkin saya cuma akan berbahas on certain tajuk je .. Saya cuma nak berkongsi dan harap semua dapat menerima . Hehehe .,. I'm no one .. And I don't want to be anyone ..
Ya sahabat .. Menerima tarbiah tu memang susah .. Tapi , nikmat kemanisan tarbiah tu sangat best .. Yang penting , tajdid niat . Apa pun kita buat , ingat satu benda . Allah nampak semua benda yang kita buat even dalam gua sekalipun . Apa yang terlintas dalam fikiran kita pun Dia tahu . Tak perlu sorok-sorok. Bila rasa nak berubah , terus berubah . Jangan tangguh . Nanti takda hasil . Tahu siapa yang bersorak masatu ? Mestilah tahu kan .. Yezza ! Syaitan yang direjam . Mereka akan bersorak sebab berjaya hasut orang yang nak berubah ke arah kebaikan ..
Like I've told you just now , nak mulakan tarbiah memang susah .. Iya lah .. Bila dah biasa ngan maksiat , tetiba nak tinggalkan terus .. Mestilah susah ! Benda tu dah sebati kot ! Bila nak berubah pula kena istiqamah . Hahaahha . Ingat senang ke . Yezza . Saya mengaku benda tu sangat sangat susah . Tak tergambar dengan kata-kata . Tapi bila Allah dah pilih kita untuk dapat hidayah tu, takkan kita nak sombong lagi ? Sedangkan orang lain terkejar kejar nak dapatkan hidayah Allah . Macam mana nak tahu kkita dapat hidayah Allah ?
Senang je . Bila kau rasa kau nak buat baik , kau dah dapat hidayah lah tu . Senang kan ? Yang penting , sentiasa istiqamah . Berubah tak perlu secara overall . Berubah lah slow-slow . Daripada tak berhijab , then pakai hijab walaupun singkat ., Bila dah rasa janggal nak tanggal , then try labuhkan melebihi bahagian dada pula .. Secara tak langsung , kau dapat biasakan diri .. And finally . Papp! Kau dah dapat tinggalkan zaman jahiliyah kau . In shaa Allah . Selagi niat dan usaha tu ada , kau akan terus kuat ..
Nak berubah ni bukan senang .. Allah akan duga kau dengan pelbagai ujian yang kau tak sangka .. Sebab Dia nak tengok sejauh mana kau nak kejar cinta Illahi .. Kalau kau jatuh , kau bangkit . Memang pedih , sakit . Rasa nak give up . Semat benda ni dalam kepala . Syurga Allah sangat mahal . Sebab tu harga jihad mahal . Sebab tu harga perjuangan kau mahal . Tak ternilai dengan wang ringgit . Takda orang boleh beli harga jihad ke jalan Allah . Tapi yang penting kena IKHLAS . Tu wajib ada dalam jihad kau nak cari redha Allah SWT .
In Shaa Allah . Heheh . Lailah saedah ya sahabat . As salam .